Baru-baru ini kita menyambut Ma’al Hijrah. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Tahun Baru 2010. Tidak sampai sebulan lagi masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Semuanya berkaitan dengan sambutan tahun baru.
Kedatangan tahun baru disambut dengan pelbagai harapan dan impian. Sesetengah orang akan membuat azam tahun baru. Semua dari kita berharap memperoleh kejayaan, kebahagiaan, kekayaan dan kesenangan dari segi wang ringgit, harta benda dan kesihatan. Kebanyakkan kita ingin memulakan langkah baru, melupakan kenangan ‘pahit’, kegagalan, keperitan, kedukaan tahun sebelumnya.
Langkah seribu bermula dengan langkah pertama (The journey of a thousand miles begins with a single step). Adakah anda telah bersedia memulakan langkah pertama anda? Apakah persediaan yang telah anda buat? Apakah azam/matlamat anda?
Jika anda telah mempunyai azam atau matlamat tahun baru, TAHNIAH! Anda telah mengambil langkah pertama untuk mencapai impian anda. Anda mungkin telah menyenaraikan semua impian dan harapan tahun baru nanti. Anda telah tanamkan dalam diri anda, kerana anda ingin berubah ke arah yang lebih baik.
Namun azam/matlamat yang tidak bertulis tidak lebih dari sebuah impian (unwritten goals are nothing more than wishes). Ramai orang mempunyai impian. Termasuk juga yang memperjudikan nasib dengan tiket loteri. Apabila tidak nombor tidak mengena, mereka berharap membeli lebih banyak nombor, ataupun mereka menyalahkan diri dan sepatutnya tidak membeli langsung kerana menanggung kerugian.
Adakah anda ingin memperjudikan nasib anda? Membiarkan impian tinggal impian? Anda telah tahu apa yang anda inginkan, harapkan, impikan pada tahun baru. Semuanya berada di dalam fikiran anda, mulut anda telah bersuara menyatakannya. Anda telah berjanji dengan diri anda sendiri.
Paling PENTING adalah TULIS. Anda perlu menulis azam/matlamat/impian anda. Aapa yang anda inginkan setahun dari sekarang. Tiga tahun dari sekarang. Atau pun lima tahun dari sekarang. Tidak kira apa juga azam yang anda ingin lakukan, ataupun matlamat yang anda tetapkan dan impian yang anda ingin miliki.
Dalam menulis azam/matlamat/impian anda, fikirkanlah sesuatu yang mampu anda capai. Anda boleh menetapkan azam/matlamat/impian yang mencabar anda, sesuatu yang membuatkan jantung anda berdegup kencang. Ataupun sesuatu yang luarbiasa, ‘thinking outside of the box“, asalkan ianya relistik dan bukannya ‘bulan jatuh ke riba’.
Kemudian tetapkan ‘tempoh masa’ yang anda ingin capai. Penting anda menetapkan tempoh masa kerana tanpa tempoh masa, ibarat hidup tak berpenghujung. Kita perlu tahu apa yang ingin dicapai. Mulakan dengan pengakhir, (begin with the end in mind) seperti yang disarankan oleh Stpehen R Covey penulis buku “The 7 Habits of Highly Effective People.”
Azam/matlamat/impian itu adalah milik anda. Anda tulis kerana anda mengenali diri anda. Anda tahu potensi diri anda. Anda tidak menulis sesuatu yang di luar kemampuan anda kerana ianya akan membebankan dan akan menyebabakan kegagalan anda nanti. Tetapkan sesuatu yang munasabah selepas mengenali diri dan potensi diri anda.
Seterusnya sebagai peringatan, pamer atau tampal azam/matlamat/impian yang telah anda tulis di tempat yang mudah anda lihat setiap hari. Mungkin di cermin bilik tidur. Atas meja pejabat, depan komputer, pintu peti ais atau di mana sahaja anda boleh lihat setiap hari. Ini memudahkan anda membuat ‘follow up’ kepada semua azam/matalamat/impian yang anda ingin capai.
Cara mudah dengan perkembangan teknologi kini, gunakan perisian tertentu seperti Outlook, Personal Manager sebagai peringatan. Ataupun paling tidak tetapkan di dalam telefon bimbit anda sebagai ‘reminder’ supaya anda tidak tersasar dari azam/matlamat/impian yang anda telah tetapkan.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”
Ar Ra’adu : 11


Be First To Comment
Leave Your Comments Below