Tiket penerbangan percuma, diskaun membeli-belah serta menginap di hotel terpilih di seluruh Malaysia. Itu adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket penipuan kad kredit dan debit untuk mengaburi mangsa yang ghairah untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan.
Sindiket tersebut yang beroperasi di ibu negara akan menghubungi mangsa melalui telefon dan mendapatkan angka yang tertera di hadapan [...]