
Harian Metro 14 November 2009

Kosmo! 5 September 2006
Kosmo! pada 5 September 2006 pernah membongkar mengenai skim SwissCash atau Swiss Mutual Fund (1948) yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih ‘meyakinkan’ sehingga berjaya menarik RM190 juta wang rakyat Malaysia. Skim yang mengutip deposit awam itu bergerak secara haram dan tidak pernah mendapat kelulusan pihak berkuasa kerana operasinya yang menyalahi undang-undang.
Pelabur skim cepat kaya Swisscash yang mengalami kerugian akan mendapat semula sebahagian wang mereka berikutan kejayaan Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan penipuan yang membabitkan RM31 juta itu. Skim pelaburan internet Swisscash diharamkan oleh kerajaan dan laman webnya ditutup pada 2007.
Mereka yang layak mendapat ganti rugi perlu memenuhi beberapa syarat:
- Mempunyai bukti kukuh sebagai pelabur prinsipal
- Tidak terbabit merekrut pelabur lain.
- Pembayaran ganti rugi akan berdasarkan kaedah pengagihan yang ditentukan oleh mahkamah. Bayaran dijadual bermula seawal tahun depan.
- Mereka yang melabur selepas SC mengeluarkan amaran jangan melabur dalam skim itu pada 5 September 2006 mungkin tidak layak.

Berita Harian 14 November 2009
“Kira-kira 80 peratus daripada mangsa adalah golongan profesional lelaki,” katanya di sini semalam. Beliau berkata, pembayaran dibuat hasil persetujuan penghakiman dengan dua tertuduh untuk membayar kepada SC kira-kira RM31 juta dan digunakan sebagai ganti rugi kepada pelabur.
Zarinah menjelaskan jumlah RM31 juta yang dipersetujui dibayar oleh Lee dan Amir adalah hasil daripada saman berjumlah AS$83 juta (RM280.3 juta) yang dikemukakan SC terhadap kedua-dua tertuduh dan seorang lagi rakan mereka, Kevin Choo Mun Hoe.

Deja Moss
Katanya, penghakiman itu menandakan berakhirnya usaha gigih tiga tahun SC dalam siasatan kes Swisscash yang membabitkan siasatan rentas sempadan, kerjasama dengan tujuh negara serta pengawal selia luar negara. Pembayaran akan dilaksanakan dengan pelan yang diluluskan oleh mahkamah yang kemudian diuruskan oleh pengurus yang dilantik oleh SC.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Deja Moss kerugian lebih RM30,000 dalam skim itu pada 2007, bersyukur kerana akhirnya nasib mangsa penipuan itu terbela. Saya sangat gembira mendengar berita ini kerana selepas menyedari tertipu, kami seperti hilang harapan mengenangkan wang yang dilabur lenyap begitu saja,” katanya ketika dihubungi.
Beliau bagaimanapun berkata, sukar bagi kebanyakan mangsa membuktikan mereka pernah melabur dalam skim berkenaan kerana tiada resit rasmi dikeluarkan pihak pengendali pelaburan.
“Bagaimana kami hendak menuntut wang jika tidak mempunyai bukti pelaburan. Diharapkan SC memberi bantuan kepada pelabur seperti itu menuntut kembali wang pelaburan,” katanya.
Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.
“Hope For Children” bertujuan untuk membantu banyak anak-anak fakir miskin mungkin, sesuai degan slogan FE, “Let’s Give Our Future Leaders A Good Start!”
Dua buah helikopter digunakan untuk mengangkut VIP di lapangan terbang. Helikopter juga membawa sekitar 200 tetamu dan wartawan atas untuk melihat rekod dunia banting dari udara. Hal ini menarik bagi banyak tetamu yang belum pernah berada dalam helikopter sebelum!

