Hari ini, dalam Metro Ahad, sekali lagi Dr. Azizan Osman menawarkan 100,000 tiket PERCUMA untuk “Seminar Kenali Potensi Diri – Revolusi 2010″. Adakah Workshop Rahsia Tarikh Lahir Dr. Azizan meramal nasib? Jawapannya mudah, YA dan TIDAK.
Pada bulan April 2009 Dr. Azizan pernah menawarkan tiket PERCUMA untuk Worshop tersebut. Ramai yang tidak melepaskan peluang menghadirinya. Dan apabila disebut tentang RAHSIA TARIKH LAHIR, tentulah ramai mengaitkan dengan ramalan nasib. Kerana itu jawapan YA bagi yang skeptikal atau belum pernah menghadiri Workshop Dr. Azizan.
Program sehari Seminar Kenali Potensi Diri memberi peluang kepada anda untuk:
- Mengenali kekuatan, kelemahan serta potensi diri anda atau ahli keluarga anda melalui kajian tarikh lahir dan teknik kuasa minda jutawan.
- Mengenal pasti punca-punca kegagalan di dalam perniagaan, kerjaya atau hidup serta bagaimana mengatasinya dalam masa yang singkat dengan teknik mudah.
- Belajar bagaimana mencapai impian anda terutamanya untuk berjaya dalam kehidupan serta bagaimana membina kekayaan.
- Belajar teknik-teknik asas untuk mengaktifkan getaran kekayaan dalam kehidupan serta anak-anak anda.
- Bagaimana anda mengatasi “kebocoran wang”, duit senang masuk tapi senang sangat keluar sama ada secara sengaja atau tidak.
- Belajar tentang kajian tarikh lahir yang wajib dipelajari oleh semua orang terutamanya anda yang ada tarikh lahir tetapi tidak tahu apakah rahsianya?
Jika semua itu anda inginkan dalam kehidupan anda, maka jawapannya TIDAK. Workshop Tarikh Lahir bukanlah meramal nasib.
Anda boleh menentukan masa depan anda sendiri. Ibarat INTAN kalau tak digilap, berada dalam lumpur, tiada NILAINYA. Selepas mengenali potensi diri, gunakan KEKUATAN yang untuk memaksimakan potensi diri. KELEMAHAN pula perlulah diperbaiki. Rebutlah PELUANG yang ada dan jika ada ANCAMAN dari dalam diri, perlulah dihadapi. InsyaAllah KEJAYAAN bakal anda perolehi.
Maklumat lanjut: www.skpd2010.com

Tinggal sehari lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Ma’al Hijrah 1431. Tinggal lagi dua minggu, kita akan menyambut tahun Masihi 2010. Dan bukanlah asing kedatangan tahun baru akan disambut dengan pelbagai azam tahun baru ataupun sesetengahnya mengambil peluang bermuhasabah diri.
Hari ini, lebih kurang jam 10:30 pagi, sewaktu dalam perjalanan berjumpa sahabat di Subang, selepas melalui Tol Jalan Duta menuju ke Utara, kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan kereta Wira yang secara tiaba memperlahankan kenderaannya. Saya terus menekan ‘brek’ dan sebuah kereta sEstima pula melanggar dari belakang. Keadaan berlaku terlalu pantas.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita kerugian RM3,400 selepas menerima satu e-mel palsu menyatakan akaun perbankan Internetnya disekat sebelum pihak yang menghantar e-mel berkenaan memindahkan wang mangsa ke dalam akaunnya.
Benarkah “orang Melayu paling mudah ditipu,” seperti yang ditegaskan oleh Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Sha’ani Abdullah, apabila diminta mengulas mengenai 28,080 aduan yang diterima pihaknya sepanjang 2008.