FOMCA (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia) mengesan ada orang dalam bank bertindak ‘menjual’ maklumat peribadi pelanggan kepada syarikat kad diskaun.
En. Muhamad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Agung FOMCA, berkata pihaknya menerima kira-kira 200 aduan daripada orang ramai yang mendakwa diganggu syarikat menwarkan kad diskaun kepada mereka dan percaya jumlah sebenar adalah lebih tinggi.
Mungkin anda pernah menerima panggilan telefon daripada syarikat yang menawarkan kad diskaun, terutamanya jika anda memiliki kad kredit. Dan anda mungkin tertanya-tanya dari mana mereka mendapatkan maklumat peribadi anda, seperti nama, nombor kad pengenalan, no kad kredit dan lain-lain maklumat.
FOMCA percaya ada orang dalam mendalangi masalah ini kerana “mustahil bagi syarikat itu tahu maklumat peribadi seseorang termasuk maklumat kewangan.”
Sebagai pengguna jika anda diganggu, perlulah berhati-hati, termasuk mengambil butir diri pemanggil dan nama syarikat berkenaan. Seterusnya membuat aduan kepada persatuan pengguna atau agensi kerajaan berkaitan. Ada pengguna yang tidak membuat aduan berikutan tidak kisah serta tidak tahu mengenai kepentingan hak mereka.
“Walaupun mereka sekadar menawarkan kad terbabit, namun apa yang kita risaukan adalah jika maklumat itu nanti disalahgunakan pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan cepat,” tegas Muhamad Sha’ani.
Beringat sebelum kena, jangan sudah terantuk baru nak tergadah!
Sumber: Metro Ahad, 20 Disember 2009


Be First To Comment
Leave Your Comments Below