Jika semalam saya telah ke CTOS untuk membuat semakan rekod kredit, dan saya telah menerima laporannya tidak sampai satu jam. Hari ini saya ke Bank Negara Malaysia (BNM) pula untuk mendapatkan Laporan Lredit Kewangan.
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pada dasarnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit.
Institusi kewangan kemudian akan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit anda. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit CCRIS boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.
Bagaimanapun saya melihat dari sudut yang berbeza. Laporan Kredit yang dikeluarkan oleh CCRIS boleh digunakan oleh anda untuk melihat ‘kesihatan kewangan’ anda. Ibarat jika kita sakit, kita akan ke klinik atau hospital berjumpa doktor. Maklumat dari Laporan Kredit boleh digunakan oleh anda:
- Menilai sejauh mana kedudukan ‘kredit’ anda
- Adakah anda seorang ‘peminjam’ yang menjelaskan setiap bulan pinjaman anda?
- Adakah anda mempunyai akaun di bawah Pemerhatian Khas?
Seterusnya boleh anda membuat perancangan kewangan anda. Laporan Kredit akan menunjukkan jumlah pinjaman yang masih ada dari ‘pemberi pinjaman’ iaitu Bank atau Institusi Kewangan. Paling penting anda hendaklah memastikan Ansuran Tertunggak Sepanjang 12 bulan yang lalu mencatatkan angka “0″ kerana ianya menunjukkan anda seorang peminjam yang menjelaskan setiap bulan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Paling penting anda hendaklah meastikan tiada Akauan Di Bawah Pemerhatian Khas kerana ianya boleh menjejaskan reputasi kewangan anda. Institusi kewangan mungkin menolak sesuatu permohonan kemudahan kredit anda kerana tidak mahu berdasarkan penilaian risiko pembayaran.
Untuk membuat mendapatkan Laporan Kredit CCRIS hanya mengambil masa kurang 15 minit. Anda boleh ke Bank Negara dan terdapat ‘kiosk’ untuk semakan dan vetakan Laporan Kredit anda.
1. Masukkan Kad Pengenalan (KPT) anda
2. Letakkan ibu jari anda
4. Ikut arahan di layar komputer
5. Cetak Laporan Kredit
Jika anda tidak memahami Laporan yang disediakan, anda boleh menuju ke mana-mana kaunter yang disediakan untuk mendapatkan penjelasan.
Untuk mengetahui sejauh mana anda ‘bijak’ menguruskan kewangan dan kesihatan kewangan anda, anda boleh mencuba KUIZ di sini.
Info lanjut
http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?lang=bm
PS: Anda akan dikenakan caj ‘Parking’ RM1.50.



Be First To Comment
Leave Your Comments Below