Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, apabila sahabat saya 1001Cures mendedahkan tentang lambakan loket FusionExcel Quantum Science TIRUAN yang berada di dalam pasaran termasuk di e-Bay. Tidak dinafikan, harganya lebih murah. Bagaimanapun sejauh mana keberkesan produk tersebut masih boleh dipertikaikan.
Saya menyerahkan kepada pengguna untuk membuat penilaiannya. FusionExcel merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan loket FE Quantum Science dan dihasilkan dari mampatan lahar gunung berapi dari Jepun menggunakan teknologi nano. Bukan semua lahar gunung berapi menghasilkan tenaga skalar yang sama.
Apa yang membimbangkan adalah, pengguna akan tertipu dan pengguna sebenarnya memakai loket ‘batu hitam’ yang tidak menghasilkan apa-apa tenaga skalar yang diharapkan. Sebagai pengguna, anda berhak mengetahui dan dapat membezakan antara yang tiruan dan yang ORIGINAL.
Melalui lamanweb iberwang.com, pada 1 September 2009, saya pernah menulis mengenai antara tiruan dan original. (http://iberwang.com/testimonials/original-vs-imitation) Kemudian FusionExcel menghadapi satu lagi cabaran pada 17 November 2009 apabila didakwa mengandungi bahan radioaktif (http://iberwang.com.my/awas-loket-quantum-ada-radioaktif)
Oleh itu sebagai pengguna bijak, anda boleh membezakan antara loket FusionExcel tiruan dan original berdasarkan beberapa perkara berikut:
1. Lihat logo FusionExcel original berwarna biru tua dan kuning
2. Kad Authenticity Original berwana hitam dan mempunyai cetakan No. Siri yang timbul
3. Lamanweb rasmi FusionExcel adalah http://fusionexcel.com dan BUKAN fusion-excel.com
4. Kotak loket edaran FusionExcel dikenali dengan nama QUANTUM PENDANT bagi loket, dan QUANTUM BRACELET bagi rantai tangan bukannya Quantum Energy
5. Ukiran laser No. Siri loket Quantum Science ORIGINAL lebih halus dan berkualiti berbanding loket tiruan.
6. Anda boleh melihat perbezaan yang didedahkan oleh 1001cures (http://1001cures.biz/quantum-pendant-antara-original-dan-tiruan)
Sebagai pengguna bijak, anda boleh membuat pilihan. Untuk mendapat loket Quantum Science ORIGINAL anda boleh mendapatkannya daripada pengedar yang sah.
Adakah anda ingin memiliki tenaga skalar ataupun hanya batu hitam yang yang belum terbukti keberkesannya?




Terima kasih iberwang kerana turut serta memerangi lambakan Quantum Pendant tiruan di Malaysia.