Skim pelaburan yang tidak sah semakin mendapat liputan meluas sekarang dan ramai pelabur tertipu dengan pelbagai teknik dan tawaran yang dibuat. Jika tidak berhati-hati, ada kemungkinan kita atau kenalan terdekat boleh tertipu dengan skim itu.
Bagaimanakah caranya kita dapat mengenal pasti ciri skim pelaburan tidak sah atau Skim Cepat Kaya? Formula T.I.P.U. mempunyai empat ujian mudah yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti ciri syarikat pelaburan tidak sah.
T – TIDAK akan rugi? “Bagi pelaburan awal sebanyak RM1,000 anda akan menerima 20% pulangan setiap bulan”. Angan-angan Mat Jenin!
I – INDAH khabar dari rupa. Janji dan jaminan pulangan yang tinggi serta tanpa risiko kewangan langsung.
P – PELUANG hanya sekali. Produk pelaburan yang menghebahkan “Melaburlah sekarang! Atau anda akan ketinggalan dan kerugian”.
U- UNTUNG besar. Sebenarnya ia hanyalah satu urus niaga tunai dijalankan dengan tergesa-gesa.
Walupun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh media massa, ataupun oleh Suruhanjaya Securiti, ramai orang masih berminat melabur dalam skim cepat kaya, seolah-olah mereka tidak pernah serik ditipu. Dan bila tertipu, keluarlah cerita pejabat diserbu, keluar dalam tv, keluar dalam surat khabar mengadu nasib. Mengapa? Apakah orang kita tidak pernah belajar ataupun mengambil iktibar dari kes-kes terdahulu?
Hasil penelitian, terdapat dua faktor yang menyebabkan orang ramai terjerumus dengan skim cepat kaya:
1. Nak cepat untung
Semuanya hendak cepat. Nak kaya cepat. Nak untung cepat. Tetapi tidak mahu berusaha lebih. Nak mudah.
2. Kurang ilmu
Bila kurang ilmu maka kita akan senang ditipu dan digula-gulakan. Tapi kalau kita ada ilmu, insyaAllah ilmu tersebut akan menjaga kita dari terjerumus ke dalam skim-skim cepat kaya ni.
“Risk comes from not knowing what you’re doing”
(Risiko datang bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan)
~ Warren Buffet
Pelabur terulung dan terkaya di dunia.

Be First To Comment
Leave Your Comments Below