Soalan 1. Loket ‘Quantum Science’ (QS) diperbuat daripada apa?
Loket ‘Quantum Science’ dihasilkan daripada bahan semulajadi lahar gunung berapi daripada Jepun, mengandungi 70 mineral dan dimampatkan menjadi loket menggunakan teknologi nano.
Soalan 2: Bolehkah saya menukar loket ‘Quantum Science’ yang pecah?
Ya. Anda boleh menukarnya dengan yang baru dengan syarat menyertakan bersama loket ‘Quantum Science’ yang pecah dan ‘Authencity Card’ yang mempunyai nombor siri. Anda akan dikenakan kos pertukaran sebanyak RM100 dan anda menanggung semua kos penghantaran tersebut.
Soalan 3 : Berapa lamakah loket ‘Quantum Science’ boleh digunakan?
Seumur hidup. Ianya tahan sampai 200 tahun. Jika pecah sekalipun, kuasanya tetap sama.
Soalan 4 : Bolehkah saya ‘upgrade’ daripada 1 loket ‘Quantum Science’ ke set 5 loket ‘Quantum Science’ atau tawaran pakej?
Secara umumnya kami menggalakkan anda ‘upgrade’ dalam tempoh seminggu. Bagaimanapun anda boleh menghubungi kami untuk melanjutkan tempoh tawaran pakej.
Soalan 5 : Apakah kegunaan lain loket ‘Quantum Science’ ini?
A. Anti-radang – letakkan loket ‘Quantum Science’ pada kawasan keradangan dalam 15-20 minit.
B. Mandian – letakkan loket ‘Quantum Science’ dalam bekas mandian selama 15-20 minit sebelum mandi dan anda akan memperolehi air yang telah dicas tenaga scalar. Anda tidak menghadapi sebarang masalah samada menggunakan rantai logam dengan loket ‘Quantum Science’.
C. Sakit gigi, sakit anggota badan – letakkan Loket Quantum ini ditempat yang sakit untuk 1 ~ 2 jam atau boleh di ikat pada bahagian yang sakit dan biar semalaman.
D. Air boleh dicas “energised” hanya dengan meletakan Loket Quantum ini disebelah @ dibawah bekas air tersebut. Ketebalan bekas hendaklah kurang dari 4 inci. Masa yang diperlukan untuk mengecas air adalah bergantung kepada kuantiti air yang digunakan. Lebih banyak air, lebih lama masa diperlukan. Air yang telah dicas boleh bertahan lama selagi bekasnya tertutup kemas dan tidak terkena pancaran cahaya matahari. Loket Quantum ini juga boleh direndam kedalam air. Untuk kesan yang lebih cepat, anda boleh menggunakan Flask untuk mengecas air kerana bekasnya diperbuat dari Titanium yang berkualiti tinggi dan tidak pecah.
Soalan 6 : Apakah kesan sampingan loket ‘Quantum Science’?
Sesetengah pengguna mengalami ruam atau merasa penat pada tempoh yang singkat. Ini kerana berlaku ‘proses penyembuhan’ apabila badan anda cuba mengeluarkan toxin lebih cepat daripada tindakbalas badan anda. Ini adalah proses detox, dan apabila badan ada cuba membaikpulih secara semulajadi untuk kesihatan yang lebih baik. Proses penyembuhan boleh berlaku secara semulajadi/holistic seperti ‘homeopathy’, ‘naturopathy’, diet ataupun penggunaan loket Quantum Science. Simpton ini sebenarnya adalah kesan pengesesuan badan. Pastikan meminum banyak air yang dicas 8-10 gelas sehari. Jika kesan ini berteruskan, pakai untuk beberapa jam sehari dan pertingkatkan dari hari ke hari.
Soalan 7 : Adakah loket Quantum Sciene sejenis magnetic?
Tidak. Loket Quantum Science bukan magnetic.
Soalan 8 : Bagaimana Loket Quantum ini boleh menolong saya?
Anda akan merasa lebih bertenaga, lebih fokus, kurang mengalami sakit kepala dan lebih tenang (boleh kawal tekanan perasaan). Segala rasa sakit-sakit akan sedikit demi sedikit akan berkurangan.
Soalan 9 : Adakah saya perlu memakainya setiap masa?
Kami mencadangkan anda selalu memakainya kerana ianya boleh di bawa kemana-mana, tiada sebarang pantang. Mungkin sesetengah orang rasa kurang selesa memakainya ketika tidur.
Soalan 10 : Berapa lama perlu ditunggu sehingga merasa kesannya?
Setiap orang mengambil masa yang berbeza. Ada hanya perlu 30 minit, ada juga beberapa minggu. Tapi seandainya anda tidak merasai apa-apa selepas sebulan, tanggalkan untuk seminggu sebelum memakainya kembali. Ini bagi memastikan kesannya.
Soalan 11 : Apa kegunaan air yang dicaskan?
Air yang telah dicaskan mengunakkan Loket Quantum ini amat berkesan untuk diminum, disapu ke bahagian yang sakit, berkudis, gatal, jerawat dan lain-lain lagi. Rasa air yang dicas ini lebih baik dan segar.
Soalan 12 : Apakah perbezaan antara Loket Quantum dengan System Rawatan Air Ozone dan Reverse Osmosis Water (RO)
System lain yang dinyatakan di atas berfungsi untuk menapis dan mengasingkan bendasing dan kekotoran. Akan tetapi Loket Quantum akan memberi tenaga positif dan membentuk moleku yang lebih kecil & teratur. Ini akan meningkatkan kadar serapan oleh sel-sel badan.

