Tahun 2007, iklan ‘Burung Murai’ Hari Raya Aidilfitri oleh Petronas memang menyentuh hati. Setiap kali sambutan Aidilfitri, iklan “burung apa tu nak?” disiarkan lagi. Dan si anak akan menwab, “burung murai, burung murai tu Bah.” Dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman, “ayah dan ibu”, hati siapa yang tak tersentuh.
Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan siapakah ‘penerbit’, atau ‘penulis skrip’ yang pertama. Lebih baik perkara itu diserahkan kepada mereka yang terlibat dengan bidang penyiaran, penerbitan, pengarahan, pengiklanan yang membincangkannya. Namun mesej melalui iklan tersebut yang hendak disampaikan, tidak mengira budaya, adalah jelas.
Sebelum saya terlibat dalam bidang ‘network marketing’ FusionExcel, soalan pertama saya, “ori (original) ke?” Maklumlah pada masa sekarang terdapat banyak produk tenaga skalar, aura, perubatan alternatif di pasaran. Walaupun harga ‘quantum pendant’ lain di pasaran lebih murah berbanding keluaran FusionExcel, saya tidak dapat meletakkan harga pada ‘kesihatan’ ataupun ‘kebaikan larva gunung berapi’ memakai loket kuantum.

Pertama, saya ditunjukkan “authenticy card” yang mempunyai No. Siri yang sama dengan No. Siri pada loket kuantum FusionExcel. Kemudian saya diterangkan tentang ‘logo’ syarikat FusionExcel iaitu warna biru dan kuning.


Pesaing “loket kuantum” juga menggunakan testimoni yang digunakan oleh FusionExcel, seperti testimoni oleh Zidov Akuma, “Contender Asia’s Star”. Jika pesaing menggunakan testimoni ‘orang lain’, saya kira anda boleh membuat penilaian sendiri.
Bak kata orang, alah membeli menang memakai.
kad waranti,


Be First To Comment
Leave Your Comments Below