Hari ini, lebih kurang jam 10:30 pagi, sewaktu dalam perjalanan berjumpa sahabat di Subang, selepas melalui Tol Jalan Duta menuju ke Utara, kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan kereta Wira yang secara tiaba memperlahankan kenderaannya. Saya terus menekan ‘brek’ dan sebuah kereta sEstima pula melanggar dari belakang. Keadaan berlaku terlalu pantas.
Apa yang akan anda lakukan jika ditimpa kemalangan atau musibah? Adakah kemalangan juga boleh dianggap sebagai musibah?
Dalam menghadapi situasi begini, ianya membuatkan kita terfikir sejenak. Namun kita harus berfikiran positif. Kita perlu bertenang menghadapinya. Kemalangan telah berlaku, bukan masanya kita mencari salah siapa. Tidak kira siap kita, sama ada kaya atau miskin, tua atau muda, suka atau tidak, kita tetap akan berdepan dengan segala kemungkinan. Inilah yang dikatakan ketentuan takdir atau qada dan qadar.
Biasanya orang yang mempunyai Nombor Asas 1 (satu) lebih tenang menghadai situasi begini. Setiap yang berlaku “ada hikmahnya”. Mereka sentiasa berfikiran positif. Mereka lebih sabar kerana mereka mampu mengawal diri dari rasa marah dan geram. Kita perlu menerima segala ujian dan dugaan dengan hati yang terbuka.
Kedua kita hendaklah beryukur kerana musibah atau kemalangan yang menimpa kita tidaklah lebih besar daripada yang menimpa orang lain. Kemalangan hari ini tidak melibatkan kehilangan nyawa. Mungkin keadaan akan lebih teruk boleh berlaku. Semua yang terlibat dalam keadaan baik. Cuma menghadapi masalah kerosakkan kenderaan masing-masing.
Berikut adalah sedikit panduan jika kenderaan kita terlibat di dalam kemalangan, dan langkah-langkah yang anda perlu lakukan: -
- Sila bertenang dan jangan cemas
- Ambil gambar tempat kejadian(sekiranya anda mempunyai kamera atau telefon berkamera, sila ambil gambar dari pelbagai sudut – ianya banyak membantu dalam membuat tuntutan insurans)
- Hubungi 999 untuk bantuan jika melibatkan kecederaan.
- Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit
- Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat
- Catatkan nama dan alamat saksi-saksi (jika ada)
- Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan
- Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing
- Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan.
- Jika kenderaan anda perlu ditunda, sila buat panggilan kepada Auto Assistant syarikat insurans atau takaful anda. Jangan sembarangan menerima tawaran daripada kereta penunda lain, ini kerana ianya banyak menimbulkan masalah di dalam proses tuntutan insurans.
- Pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul/bengkel panel. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor hotline di atas (sila rujuk dengan syarikat insurans anda) kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutunya.
- Laporkan kepada polis/membuat laporan polis dengan segera (dalam masa 24 jam).
- Laporkan kemalangan tersebut kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera , walaupun anda tidak berminat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan meyebabkan anda kehilangan NCD anda.
- Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/pengendali takaful anda atau hubungi sahaja wakil/agen anda.


Be First To Comment
Leave Your Comments Below