Heboh diperkatakan apabila Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong (C&ED) pada 16 Oktober 2009, merampas 10 loket ‘Quantum Science’ yang dikatakan mengandungi bahan radioktif berbahaya.
Jabatan Kesihatan Hong Kong pula mengesahkan yang pemakaian loket ‘Quantum Science’ boleh memberi kesan kepada kesihatan, dan kanser pada pemakaian jangkamasa panjang. Kononnya kandungan radioktif dalam loket ‘Quantum Science’ mengandungi 20% melebihi daripada paras radioktif yang dibenarkan oleh ‘International Commission on Radiological Protection.’
FusionExcel International telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dalam laman web Fusion Excel ( http://fusionexcel.com/bm/news_QP_consumeruse.html ) dan menegaskan bahawa loket ‘Quantum Science’ SELAMAT digunakan. Analisis loket ‘Quantum Science’ telah disahkan SELAMAT oleh ‘Shanghai Institute of Measuring and Testing Technology’ (SIMT)
Mengapa SIMT? Ini adalah kerana SIMT adaah lembaga pengesahan dan pengukuran profesional terawal di China. SIMT juga merupakan agensi ‘non-profit’ (bukan untuk keuntungan) yang diiktiraf oleh AQSIQ?General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine of the People’s Republic of China) di Shanghai melebihi 70 tahun.
Website:
English: http://english.simt.com.cn/col/col1348/index.html
Chinese: http://www.simt.com.cn
Klik Di Sini Untuk Laporan Analisis
Pihak FusionExcel International telah menghantar ’sampel’ untuk tujuan pemeriksaan dan analisis ke Shanghai Institute of Measuring and Technology kerana lebih terkemuka. Laporan SIMT mengesahkan yang kandungan radiokatif di dalam loket ‘Quantum Science’ mengandungi thorium-232 at 16 Bq/kilogram ( berbanding 7000 Bq/kilogram dalam laporan C&ED) dan tidak mengesan uranium- 238 (berbanding sehingga 1000 Bq/kilogram dalam laporan C&ED).
Nota: Sehingga 16 November 2009, pihak FusionExcel International belum menerima laporan pengujian yang sebenarnya daripada 10 loket ‘Quantum Science’ yang disita/rampas)
Laporan SIMT menunjukkan bahawa kandungan radioaktif dalam loket ‘Quantum Science’ mempunyai tahap yang sama dengan kandungan radioaktif di dalam semua jenis tanah dan dibawah paras yang disyorkan oleh Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA – International Atomic Energy Agency).
Radioaktif terdapat di persekitaran kita termasuk dalam tanah. Menurut IAFA, satu kilogram tanah biasanya mengandungi 4 bahan semulajadi ‘radioisotopes’ iaitu:
Potassium-40. 370 Bq/kilogram (typical range 100-700 Bq/kg)
Radium-226. 25 Bq/kilogram (typical range 10-50 Bq/kg)
Uranium-238. 25 Bq/kilogram (typical range 10-50 Bq/kg)
Thorium-232. 25 Bq/kilogram (typical range 7-50 Bq/kg).
Nilai kandungan ‘radioisotopes’ ini boleh didapati dalam beberapa variasi tanah.
Rujukan
Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Environmental_radioactivity
Idaho State University: http://www.physics.isu.edu/radinf/natural.htm (dibawah tajuk “Natural Radioactivity in Soil”)
Oleh itu paras kandungan thorium-232 di dalam loket ‘Quantum Science’ boleh didapati jugak dalam tanah semulajadi.
FusionExcel International percaya loket ‘Quantum Science’ yang diuji oleh Jabatan Kastam dan Eksais (C&ED) adalah loket PALSU! Memang diakui, terdapat loket ‘palsu’ di pasaran oleh syarikat yang tidak bertanggung jawab. Oleh itu FusionExcel International tidak boleh dipertanggung jawabkan ke atas keberkesanan loket ‘palsu’ tersebut’.
Pesaing FusionExcel International ‘mengeluarkan loket tiruan’ apabila melihat KEJAYAAN FusionExcel International memasarkan produk loket ‘Quantum Science’ dalam tempoh 2 tahun, yang membantu ramai orang memperoleh kesihatan yang lebih baik dan para atlit meningkatkan prestasi mereka.
Satu-satu caranya bagi memastikan loket ‘Quantum Science’ tersebut adalah ORIGINAL, pastikan mendapatkannya dari pengedar yang SAH, dan pembelian loket ‘Quantum Science’ mempunyai kad waranti, bagi pembelian pakej pula mempunyai ‘Welcome Letter’ yang membolehkan anda mendaftar di laman web FusionExcel International.
FusionExcel International juga telah mendapatkan peguam terkemuka di Hong Kong bagi mengatasi dakwaan ini di mahkamah. Selain itu pihak FusionExcel International juga akan membuka cawangan baru di Hong Kong (bersebelahan Hotel Peninsula, berkeluasan 4,000 kaki persegi, keseluruhan tingkat 12) dalam beberapa minggu akan datang. Pengubahsuaian sedang rancak dilaksanakan.
FusionExcel International mengesahkan bahawa loket ‘Quantum Science’ adalah SELAMAT UNTUK KEGUNAAN.
Buat Pesanan Daripada PENGEDAR SAH di sini.



2 Comments Already
Pingback & Trackback
Leave Your Comments Below